Quantcast
Channel: Dari Dapur MaDiHaA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 493

Gulai Lemak Lambuk Dengan Sardin

$
0
0
Assalamualaikum & salam sejahtera....
KEEP PRAYING FOR MH370...


Lama dah rasanya MaDiHaA tak masak guna santan.  Kali ni kita ternak lemak pulak ye.. hehe.. takper... sesekali je... janji sebulan tak lebih dari 4 kali guna santan.. janji ye Puan MaDiHaA... jangan mengelat.. hehe..


Gulai Lambuk Dengan Sardin ni sebenarnya.. dah biasa sangat dimasak.  Maklumlah kegemaran en. suami.  Kalau suami beli batang lambuk... takde menu lain dalam kepala.. mesti kena gandingkan dengan sardin atau mackerel dalam tin.  Agak2... lambuk ni sedap tak masak asam macam batang keladi tu ye?  Kalau tengok dari rupa paras lambuk dengan keladi nampak macam sama.. tapi teksturnya sangat2 jauh berbeza.  Batang keladi teksturnya lembik bila dimasak tetapi batang lambuk ni walaupun selepas dimasak.. teksturnya lembut tetapi masih terasa rangup bila dikunyah.  Kalau kawan2 nak tau.. batang lambuk ni tak gatal seperti keladi.  Malah kata en. suami.. batang lambuk boleh dibuat ulam mentah cicah sambal tempoyak atau sambal belacan.  Sebab tu nak masak lambuk ni tak perlu nak celur dulu batangnya macam kita masak batang keladi tu (untuk buang air gatalnya... ehh.. bahasa I.. entah apa2.. hehe.. ) Kalau ada yang tak kenal macamana rupa batang lambuk... boleh tengok kat SINI.  Besar dan subur lambuk dari kampung mertua... tapi lambuk yang en. suami beli baru2 ni kecik2 halus je batangnya... mungkin ditanam kat tanah kurang subur kot.. hehehe... Tak kisahlah tu.. janji lepas mengidam ye dok?


Ok dah jom tengok resepi ulangan ni ye... bezanya resepi kali ni ada dicampurkan sekali dengan daun kunyit... Apa2 pun bolehlah... kita yang buat dia kan...!




Gulai Lemak Lambuk Bersama Sardin
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
1 atau 2 batang lambuk saiz besar (kalau kecik.. letak le seperdu) ~ disiat kulit luarnya & potong kecil & rendam dlm air.
1 tin besar ikan sardin/mackerel
2 batang serai ~ diketuk 

1 helai daun kunyit ~ disiat2
1 keping asam gelugur
1 biji kelapa ambil santan secukupnya
garam secukup rasa

Bahan2 ditumbuk lumat
20 - 30 biji cili padi (ikut pedas masing2)
1 inci kunyit hidup
1 ulas bwg putih
4 ulas bwg merah

Cara Memasak
1. Dalam periuk.. jerangkan santan, bahan2 tumbuk, serai, asam gelugur & garam sambil dikacau2 sentiasa supaya tak membuak.
2. Masukkan daun kunyit & batang lambuk dan biarkan mendidih dengan api sederhana.
3. Masukkan isi sardin serta sosnya sekali dan kacau rata. (kadang2 MaDiHaA sengaja pecah2kan sikit isi sardin supaya hancur sikit sebab nak bagi kuah jadi pekat.. hubby suka sardin yg hancur2 sikit)

4. Masak hingga agak2 pekat. Tambah perasa (aji) jika suka dan sesuaikan rasanya.
5. Bila dah sesedap rasa.. tutupkan api & bolehlah dihidangkan. Sedap makan dengan nasi panas & ikan masin.

Selamat mencuba!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 493