Assalamualaikum & salam sejahtera...
Sekejap je dah masuk bulan Mac... Sekarang ni sana-sini kecoh pasal isu catuan air. Susah betul bila air takde kan. Lagi-lagi bila ada anak kecik kat rumah. Rasanya.. sanggup takde letrik dari takde air ni. Semalam pulak jerebu teruk betul.. tapi alhamdulillah.. belah petangnya hujan turun walaupun tak begitu lebat... sekurang2nya.. basah jugalah tanah. Pagi ni pun hujan juga... alhamdulillah.. kuranglah sikit bahang kepanasan...
Oklah.. taknak bebel panjang2 sebab ada kerja menanti.. Hari ni kongsi resepi ulangan je iaitu kuih tradisional yang masih popular terutama dimusim bulan puasa. Buat ni pun untuk berbuka puasa masa MaDiHaA ganti puasa tak lama dulu. Teringat kat kakak Dini bila buat kuih ni.. sebab ni salah satu kuih kegemaran dia...
Resepi tanpa sukatan ye.. rasanya semua orang pun pandai buat.. resepi agak2 je..
Buah Melaka / Onde-onde
Bahan2
Tepong pulut secukupnya
sedikit air kapur anggaran 2 sudu kecil
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
air atau santan cair secukupnya
Bahan2 lain
Gula melaka/nisan kerek secukupnya ~ dipotong dadu kecil
Kelapa parut putih dari kelapa kulit hidup (kelapa yg sedikit muda)
sedikit garam
Cara2 menyediakan
1. Tepong pulut diuli dengan air kapur, garam, pewarna hijau dan air/santan cair secukupnya hingga menjadi doh yang lembut.
2. Jerang seperiuk air. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam. Sambil menunggu air mendidih.. ambil sejemput doh & isikan dengan kiub nisan kerek/gula melaka secukupnya. Susun di atas dulang yang ditabur tepong gandum. Buat hingga habis. Bila air mendidih masukkan bebola tadi & rebus hingga bebola timbul. Sauk & tapis bebola yang timbul & terus masukkan ke dalam kelapa parut yang digaul garam. Golek2kan & susunkan ke pinggan hidangan. Siap untuk disajikan.