Quantcast
Channel: Dari Dapur MaDiHaA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 493

Alhamdulillah... TQ Nuffnang!

$
0
0
Assalamualaikum & salam Jumaat....


Alhamdulillah... pagi Jumaat yang mulia ini nak berkongsi kegembiraan MaDiHaA.  Alhamdulillah cek Nuffnang yang ditunggu2 sampai juga akhirnya.. sampai minggu lepas.. tapi baru semalam sempat ke bank.

Tiada niat nak menunjuk2... sekadar berkongsi kegembiraan & membina semangat
blogger2 baru utk terus rajin berblog...

Syukur alhamdulillah.. dapatnya taklah banyak mana berbanding blogger2 hebat.. tapi syukurlah dengan rezeki yang ada ni kan.  Bukan senang2 orang nak bagi kita duit betul tak? Duit ini nanti MaDiHaA bercadang nak gunakan utk buat cermin mata baru menggantikan cermin mata lama yang dah calar teruk.  Apa tidaknya.. dah lebih 6 tahun digunakan.. hehehe.. teruk kan? Berbaloilah pakai 6 tahun sebab buat dulu habis 8 ratus lebih sebab pilih cermin mata tahan silau & yang boleh bertukar kaler bila terkena panas.  Mata ni jenis tak tahan silau... bila silau rasa macam tak boleh nak celik & berair.  Jadi MaDiHaA rasa sesuai sangatlah duit hasil berblog ni digunakan untuk buat tambah2 harga spek baru...  harga spek pun dah naik sekarang ni... takde yang turun.. semuanya naik..

Terima kasih pada semua pengunjung blog MaDiHaA ni ye.. tanpa anda.. tak mungkin MaDiHaA dapat kumpulkan duit sejumlah yang tercatat di situ... Terima kasih sejuta kali... hehe..

Jumpa lagi...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 493